job-post-hero-image

πŸ“‡ Pelatih Kandungan (PRU15 & Berita Arah Aliran)

πŸ“‡ Kandungan
πŸ•¦ Internship
⭐ Terbuka kepada freelancers

Peranan

Posisi
: Pelatih Kandungan (PRU15 & Berita Arah Aliran)
Gaji
: RM650 sebulan
Lokasi
: Bangsar, Kuala Lumpur
Waktu Bekerja
: Isnin-Rabu (pejabat); Khamis-Jumaat (WFH)

Apa yang anda akan lakukan

Tambahkan jumlah pembaca Lumi News dengan menguruskan kandungan aplikasi untuk rakyat Malaysia yang ingin tahu berita terkini! Jadi salah seorang Admin Kandungan kami 😎


  • Urus News Stacks: susun, kemas kini dan hasilkan kompilasi link dan sumber mengenai topik terhangat di Malaysia.
  • Pengurusan notifikasi: Tulis dan hantar notifikasi hiper-tempatan kepada pengguna aplikasi Lumi News.
  • Pantau web untuk berita penting setiap hari dan pilih yang mana boleh disiarkan di laman media sosial Lumi.
  • Membantu dalam tugasan komuniti dan khidmat pengguna.
  • Membantu dalam tugasan copywriting dalam Bahasa Inggeris (dan BM/Mandarin, jika boleh).
  • Pengurusan kandungan media sosial: hasilkan kandungan media sosial yang menarik dan bermaklumat untuk pengikut laman media sosial Lumi News.
  • Tugas-tugas berkaitan yang boleh menambah nilai ke sasaran pencapaian Lumi.

Keperluan yang kami cari

  • Sertai kami untuk minimum 3 bulan! Terbuka kepada pekerja sambilan/freelancers juga.
  • Cekap dalam kewartawanan dan/atau latar belakang penulisan dalam Bahasa Inggeris dengan minat dalam berita semasa.
  • Tahu menilai berita dan editorial.
  • Sanggup bersiap sedia pada waktu malam atau hujung minggu sekiranya terdapat berita tergempar.
  • Celik di media sosial.
  • Selain Bahasa Inggeris, keupayaan untuk membaca dan menulis dalam BM atau Mandarin merupakan satu kelebihan.
  • Mesti teratur, boleh melakukan pelbagai tugas; cepat dan terperinci.
  • Hebat jika anda berkemahiran dalam reka bentuk grafik dan pandai menggunakan Photoshop/Illustrator.

Dengan siapa anda akan bekerja

  • Anda akan sertai Pasukan Kandungan Lumi!
  • Anda juga akan bekerjasama dengan Pengurus Produk & Pengurus Pemasaran Pertumbuhan kami mengenai tugasan copywriting dan menyusun strategi sudut terbaik untuk kempen pemasaran kandungan.

Mohon sekarang

Hantarkan CV dan sampel-sampel penulisan andaΒ ke work@luminews.my dan terangkan sebab kami patut memilih anda!